SAJAK TAK BERTAJUK
Bangsaku Merdeka
Bangsaku Kaya
Bangsaku Bumiputra
Bangsaku Merdeka
apa itu erti kemerdekaan
selagi kerusi di rumah apek longsi yang punya
selagi tanah sekangkang kera ceti empunya
selagi jiwa dibelenggu hasat, dengki & durjana
selagi tidak tahu nilai merdeka...apakah itu bangsa Merdeka
bangsaku merdeka
Bangsaku Kaya
apa itu erti kekayaan jika hasil ia adalah hasil penipuan
apa itu etri kekayaan jika maruah yang ada digadaikan
apa itu erti kekayaan jika bermusuh sesama insan
tetapi........aku tahu bangsaku kaya
kaya dengan hasutan, cemuhan, kutukan & tidak lupa angan2
bangsaku kaya
Bangsaku Bumiputra
bumiputra.....eh peliknya kata2
adakah kami tulen belaka
adakah kami mengerti bahasa ibunda
adakah semua rukun negara diambil kira
adakah sedar mereka yang bergelar Bumiputra
yang mereka telah dikimia mengikut citarasa
bangsaku bumiputra
bila ada peluang direbutnya mereka seperti ikan pirana....
apabila bertutur pula, alangkah malunya...kerana pertuturan bak wayang cina
bumiputra...adakah ini ertinya....Sakai, Penan, Iban, Negrito, Kadazan...baru kena
penetap tulen di bumi MALAYSIA.
karya-cucu malbari
hakcipta terpelihara
31 Disember 1999
11.59 malam
4 comments:
Slama idup nie, saya tak pernah rasa yang saya nie melayu tulen. Bila sperma Melayu Portugis compoq dengan ovari siam..apalah gamaknya bangsa saya..Never feel pround being in the malay crowd. Apa tak nya..cakap sikit terasa..melawak sikit kecik ati bawak sampai mati. Dia kata kat org tak pa..org kata kat dia tiba2 buat perangai indu gila..Sebab tu Tun M kata MELAYU MUDAH LUPA..saya tambah sikit lagi "LUPA DIRI" sebenaqnya! Dengki & busuk ati memamg sebati dalam diri...tu pasai la nie org melayu dok buat jalan kat negeri sendiri! nak harap kat sapa lagi? selain Indon! Yerlah..semua yang mendung2 dah jadi lawyer, doctor, judge n sebagainya..Yang putih2 buat business sendiri & bantu bansa sendiri..Kita yang kulit sawo matang nie..tak abis2 kutuk sana..kutuk sini..! Tak tau lah aihhh..tepuk dada tanya hati!
topik hangat ni
patriotik nyer... panas panas...
http://pulauduyong.blogspot.com/
wut happenn??
Post a Comment